Sunday, August 30, 2009

Sapo ongah ni?

Den dilahirkan pada tanggal 25 Jun 1962 di Kg Kuala Rembang Panas, Kuala Pilah NS. Anak kepada pasangan Hj Abdul Malek Ismail dengan Hjh Saenah Pendek. Anak kedua dari 3 orang adik beradik. Mendapat pendidikan awal di Sk Batu Kikir. Oleh kerana ayah den dulu seorang tentera yang selalu berpindah-pindah den pernah bersekolah di Sk Salak Selatan hinggalah ke darjah 6. Kemudian berpindah ke SMK Anderson hingga ke tingkatan 2, kemudian ke SMBK hingga tamat tingkatan 3.
Setelah tamat persekolahan den buek macam2 kojo termasuklah kojo stesyen minyak di bahau, kojo kelendan lori, pengawal keselamatan, kilang ayam di serting, kilang papan di melaka, kilang tembakau dan pada awal tahun 1980 den telah memasuki Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia hinggalah ke hari ini. Syukur alhamdulillah kerana diberikan rezeki dalam tentera.
Mendirikan rumah tangga dengan Russiawati bt Zainol dan telah dikurniakan dengan 5 orang cahaya mata, 3 lelaki dan 2 perempuan.

1 comment:

  1. Orang nogori ruponyo kau jang ? Den ingat kau orang utaro.... Patutlah den macam ponah nampak ekau kek Pam Minyak Bahau duluu...
    Jangan marah bang Ongah, den gurau jo.hehehe
    Apa apa pun TAHNIAH & Salam Lebaran buat anda sekeluarga...73

    ReplyDelete