Sunday, August 30, 2009

Dalam Tentera buek apo, Ongah ni?


Dlm tentera den telah di tugaskan di dlm Kor Jurutera Eletrik dan Jentera DiRaja dengan ketukangan Mekenik Kereta. Setelah habis kursus VM cls 2 den telah di tempatkan ke 71 Wksp wilayah di Kem Lokawi, Sabah. Selama 4 tahun di san banyak pengalaman pahit manis yg den alami. Yang itu biarlah jadi sejarah den tak payahlah orang lain tau.
Dlm perkhidmatan den selama lebih kurang 28 tahun ini den banyak habiskan tugas den dengan Sukan Olahraga. Den dah telibah dengan Sukan Olahraga ni sejak tahun 1982 lagi. Den telah mewakili Tentera Darat ke Kejohanan ATM sejak tahun 1982 hinggalah tahun 1990 dalam acara 110m Lari Berpagar.

Sapo ongah ni?

Den dilahirkan pada tanggal 25 Jun 1962 di Kg Kuala Rembang Panas, Kuala Pilah NS. Anak kepada pasangan Hj Abdul Malek Ismail dengan Hjh Saenah Pendek. Anak kedua dari 3 orang adik beradik. Mendapat pendidikan awal di Sk Batu Kikir. Oleh kerana ayah den dulu seorang tentera yang selalu berpindah-pindah den pernah bersekolah di Sk Salak Selatan hinggalah ke darjah 6. Kemudian berpindah ke SMK Anderson hingga ke tingkatan 2, kemudian ke SMBK hingga tamat tingkatan 3.
Setelah tamat persekolahan den buek macam2 kojo termasuklah kojo stesyen minyak di bahau, kojo kelendan lori, pengawal keselamatan, kilang ayam di serting, kilang papan di melaka, kilang tembakau dan pada awal tahun 1980 den telah memasuki Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia hinggalah ke hari ini. Syukur alhamdulillah kerana diberikan rezeki dalam tentera.
Mendirikan rumah tangga dengan Russiawati bt Zainol dan telah dikurniakan dengan 5 orang cahaya mata, 3 lelaki dan 2 perempuan.